Cari @ Amanz

Seperti biasa, walaupun mungkin terdapat sekitar 6 bulan lagi sebelum ia dilancarkan, ura-ura awal mengenai Galaxy S4 telah pun mula kedengaran. Jikalau sebelum ini diperkatakan ia akan membawakan skrin 1080p Super AMOLED, kini ura-ura awal mengenai kamera dan cip pemprosesan mula kedengaran.

Ia diperkatakan Galaxy S4 kelak akan membawakan kamera 13-megapixel padanya, yang mana membawa peningkatan berbanding sedia ada sekitar 8-megapixel.

Pada masa yang sama, ia turut diperkatakan ia kelak akan dijana menggunakan cip pemprosesan Exynos 5450 empat-teras. Namun ia tidak diketahui lagi kebenaran mengenai kedua-dua ura-ura ini, apatah lagi, penggunaan cip pemprosesan berkuasa tinggi ini juga turut akan membawakan kepada penggunaan tenaga yang lebih banyak, sekaligus memberikan kesan kepada penggunaan bateri.

Mengikut pelancaran keluarga Galaxy biasa, kita mungkin akan dapat melihatnya paling awal pada suku tahun kedua 2013 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd