Gambar BlackBerry 10 Siri-L Hadir Sekali Lagi Ke Arena Web

Gambar BlackBerry 10 Siri-L Hadir Sekali Lagi Ke Arena Web

Diterbitkan pada November 20, 2012 oleh .

Nampaknya, sekali lagi gambar lebih dekat dengan peranti BlackBerry 10 siri-L hadir ke arena internet, memperlihatkan peranti ujiannya yang mana turut dibandingkan dengan BlackBerry Bold 9700 secara bersebelahan.

BlackBerry 10 siri-L merupakan siri peranti dengan skrin sentuh sepenuhnya. RIM dijangka akan memperkenalkan dua siri telefon pintar mereka, iaitu skrin sentuh sepenuhnya dan juga yang didatangkan dengan papan kekunci QWERTY pada 30 Januari 2013 ini.

RIM turut mengatakan mereka akan mula akan penjualan peranti mereka dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengumuman di beberapa lokasi utama seluruh dunia. Memandangkan kita di Malaysia merupakan antara pengguna yang ramai menggunakan BlackBerry 10, mungkin kita boleh berharap agar pelancaran peranti tersebut turut dilakukan dengan pantas di rantau ini.


TIPS & ULASAN