Skype 3.0 Membawakan Antaramuka Yang Dioptimasikan Untuk Tablet Android

Diterbitkan pada Nov 21, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah kemaskini untuk versi Windows, Mac dan juga Linux, kini Microsoft turut sama memperkenalkan kemaskini aplikasi Skype untuk para pengguna Android, dimana menyertakan bersama-sama adalah antaramuka yang dioptimasikan khas untuk pengguna tablet.

Dari segi paparan antaramuka untuk telefon pintar, tiada banyak berubah, tetapi untuk pengguna tablet, kini anda boleh mengambil peluang menggunakan kelebihan skrin yang luas dalam membuat dan menerima panggilan daripada rakan-rakan.

Pada masa yang sama, ia turut sama mengintegrasikan sokongan log masuk menggunakan akaun Microsoft, seperti mana yang terdapat pada aplikasi desktop sebelum ini.

Bagi para pengguna Android, anda boleh memuat-turun Skype 3.0 ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami