Lebih 15% Pengguna Media Sosial Tempatan Mengakses Menggunakan Tablet

Lebih 15% Pengguna Media Sosial Tempatan Mengakses Menggunakan Tablet

Diterbitkan pada November 21, 2012 oleh .

Nielsen telah pun mengeluarkan data kajian mereka terkini, mengatakan yang mana seramai 46% daripada pengguna media social tempatan menggunakan telefon mudah-alih untuk berinteraksi bersama yang lain.

Dan dari segi penggunaan tablet pula, ia dilihat 15% daripada pengguna tempatan mengakses laman social melalui tablet.

Kedua-dua angka ini memperlihatkan yang mana peranti mudah-alih kini aktif digunakan pengguna tempatan dalam berinteraksi bersama rakan-rakan mereka, disamping pada masa yang sama mengikuti perkembangan semasa, tidak kira dimana jua mereka berada.

Nielsen juga berkongsi, daripada bancian yang dilakukan, separuh daripada rakyat Malaysia mengakses laman social ketika menonton televisyen.

Perkara ini yang mana menunjukkan laman social semakin mempengaruhi kehidupan harian menjadikan pelbagai syarikat besar dan juga organisasi menyediakan perkhidmatan pelanggan melalui laman social, disamping berinteraksi dan memberikan perkembangan mutakhir melaluinya.

Daripada angka terakhir yang dikongsikan, pengguna Facebook tempatan sahaja berjumlah sekitar 13 juta. Angka pengguna rasmi untuk Twitter masih tidak diketahui, dan pengguna Google+ di Malaysia dikatakan sekitar 5 juta orang.


TIPS & ULASAN