Carian
(Video) Ujian Ketahanan Ekstrim Pada Nokia Lumia 920
November 21, 2012 Aman

Sebelum ini, kita telah melihat video ujian tukul pada Nokia Lumia 920, dan kini, PhoneBuff melakukan ujian ketahanan ekstrim, dalam usaha untuk menghancurkan peranti Nokia Lumia 920 yang dimiliki mereka.

Daripada apa yang diperlihatkan, seperti semua sedia maklum, binaan Nokia Lumia 920 boleh dikatakan antara yang terbaik pada peranti pintar masa kini, dimana ia mengambil pelbagai hentakan sebelum skrinnya retak.

Buat masa ini, bilakah Nokia Lumia 920 akan dijual masih tidak diketahui secara rasminya lagi. Ura-ura awal mengatakan ia mungkin dijual pada bulan Disember ini ataupun paling lewat pada Januari kelak.

Komen