(Ura-Ura) iPhone 5S Bakal Dilancarkan Pada WWDC 2013?

(Ura-Ura) iPhone 5S Bakal Dilancarkan Pada WWDC 2013?

Diterbitkan pada November 21, 2012 oleh .

Selain daripada ura-ura Galaxy S4, kini ura-ura berkaitan dengan iPhone 5S juga mula kedengaran, mengatakan ia mungkin hadir dan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan tahun hadapan, ketika acara WWDC 2013 tahunan mereka.

Penamaan peranti iPhone generasi akan datang masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini, dan dipanggil dengan nama iPhone 5S buat masa ini.

Pelancaran iPhone 5S juga dijangka akan dilakukan bersama-sama platform operasi baru, berkemungkinan iOS 7.

Buat masa ini, iPhone 5 masih lagi belum memasuki pasaran Malaysia, dan diperkatakan ramai mungkin sekitar bulan Disember kelak.


TIPS & ULASAN