Samsung Bakal Memperlihatkan Cip 8-Teras Untuk Peranti Mudah-Alih Pada 2013?

Samsung Bakal Memperlihatkan Cip 8-Teras Untuk Peranti Mudah-Alih Pada 2013?

Diterbitkan pada November 21, 2012 oleh .

Pembangunan cip untuk peranti mudah-alih boleh dikatakan antara yang terpantas berkembang, dan kini mengikut ura-ura awal, ia diperkatakan Samsung bakal hadir dengan cip pemprosesan 8-teras tidak lama lagi.

Cip baru daripada Samsung ini dikatakan bakal menggunakan teknologi big.LITTLE daripada ARM, yang mana akan mengabungkan penggunaan cip berkuasa Cortex-A15 dan juga Cortex-A7. Daripada apa yang diperkatakan, cip baru daripada Samsung ini akan emnyertakan empat cip A15 pada kelajuan 1.8GHz dan juga empat cip A7 pada kelajuan 1.2GHz.

Cipset terbaru ini dikatakan akan mengawal penggunaan tenaga, dengan mengubah kepada teras yang bertenaga rendah ataupun tinggi bergantung kepada penggunaan, selain pada masa yang sama menggunakan kesemua teras pada masa yang sama.


TIPS & ULASAN