Mozilla Firefox 17 Dilancarkan Secara Rasminya

Mozilla Firefox 17 Dilancarkan Secara Rasminya

Diterbitkan pada November 21, 2012 oleh .

Seperti dinantikan, pihak Mozilla secara rasminya telah pun melancarkan Firefox 17 kepada umum, membolehkan para pengguna Mac, Windows dan juga Linux memuat-turun dan menggunakannya pada komputer masing-masing.

Firefox 17 merupakan yang pertama membawakan integrasi sosial padanya, dimana melaluinya, ia turut menyertakan sokongan untuk Facebook Messenger. Pada masa yang sama, sekuriti dan juga keselamatan turut ditambah baik, membolehkan para pengguna menggunakan pelayar web tanpa ragu-ragu, disamping untuk kandungan berbentuk iFrame, fungsi click-to-play diperkenalkan. Tetapi sokongan tersebut tidak diaktifkan dan memerlukan pengguna melakukannya secara manual.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 17 untuk komputer anda, dan menggunakan pelayar web terkini daripada Mozilla ini dalam melayari dunia web.

Muat-Turun Firefox 17 untuk desktop


TIPS & ULASAN