Cari @ Amanz

Jolla sebelum ini telah pun mengumumkan yang mana mereka akan meneruskan legasi MeeGo dibawah mereka, dan hari ini, secara rasminya, mereka mendemonstrasikan antaramuka baru untuk sistem operasi mereka, dibawah nama kod SailFish.

Daripada apa yang dipertontonkan, ia menunjukkan yang mana Jolla membawakan sokongan multi-tasking sepenuhnya, dan menariknya para pengguna boleh mengawal pelbagai perkara tanpa perlu memasuki sesuatu aplikasi tersebut. Sistem operasi terbaru ini akan dioptimasikan untuk pengguna telefon pintar, tablet, SmartTV dan beberapa yang lain lagi.

Peranti yang menggunakan sistem operasi Sailfish ini dijangka akan memasuki pasaran pada tahun hadapan, dan mungkin lebih maklumat lanjut akan diketahui dari semasa ke semasa, menjelang tahun 2013.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd