Pada hari ini, secara rasminya pihak Jolla yang meneruskan legasi MeeGo telah pun memperlihatkan sistem operasi mereka yang dikenali sebagai Sailfish OS, dan MTV3 Media kini berkongsi video demo platform tersebut pada Nokia N950.
Daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana Sailfish OS memfokuskan sepenuhnya kepada sokongan multitasking, disamping pada masa yang sama membawakan kemudahan pengurusan pelbagai aplikasi pada peranti mereka.
Ia juga sebelum ini pernah dilaporkan yang mana Sailfish OS akan membawakan sokongan menjalankan aplikasi Android padanya, dan pada masa yang sama, logo Android turut diperlihatkan pada video pengenalan mereka sebelum ini.
Buat masa ini, bilakah ia akan dilancarkan kepada umum masih tidak diketahui sepenuhnya. Semestinya pada tahun hadapan, dunia peranti mudah-alih akan terus menarik, apatah lagi dengan penyertaan BlackBerry 10, Firefox OS dan juga Sailfish OS ini.