Lomogram – Aplikasi Seumpama Instagram Untuk Pengguna Windows Phone

Lomogram – Aplikasi Seumpama Instagram Untuk Pengguna Windows Phone

Diterbitkan pada November 21, 2012 oleh .

Ramai pengguna Windows Phone menantikan aplikasi Instagram diperkenalkan pada platform tersebut. Walaupun ia tidak diketahui bilakah perkara tersebut akan berlaku, dan sementara menantikannya, mungkin boleh mencuba salah satu aplikasi yang menawarkan sokongan seumpamanya, dikenali sebagai Lomogram.

Lomogram menawarkan sokongan pengeditan gambar dengan mudah pada peranti Windows Phone, membawakan pelbagai jenis efek tambahan untuk diimplementasikan pada gambar anda, sebelum dikongsikan pada laman sosial yang digemari. Namun, salah satu kekurangan boleh dikatakan fungsi komuniti seperti yang terdapat pada Instagram.

Daripada apa yang kami uji, ia kelihatan berfungsi dengan baik, tanpa sebarang masalah, dan menawarkan lebih daripada 30 jenis efek berbeza padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya secara percuma daripada Windows Phone Marketplace hari ini, dan menggunakannya pada peranti anda.

Muat-Turun Lomogram Untuk Windows Phone

TERIMA KASIH FAIZ


TIPS & ULASAN