Malaysia Bakal Menjadi Pusat Operasi Samsung Terbesar Di Luar Korea?

Malaysia Bakal Menjadi Pusat Operasi Samsung Terbesar Di Luar Korea?

Diterbitkan pada November 21, 2012 oleh .

Gergasi teknologi dari Korea Selatan, Samsung kini dilihat sedang merancang untuk memperluaskan dan membesarkan operasi mereka di Malaysia, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi terbesar di luar Korea menjelang tahun 2015 kelak.

Apakah bahagian operasi yang bakal ditumpukan di Malaysia masih tidak diketahui lagi, dan memandangkan ia masih pada peringkat perancangan, maka pelbagai perubahan mungkin berlaku padanya.

Di Malaysia sendiri, produk Samsung bukanlah sesuatu yang asing, dimana kebanyakkan televisyen, peranti mudah-alih dan sebagainya sedia popular, dan memegang pegangan pasaran yang tinggi.

Ia dikatakan, operasi Samsung di Malaysia kelak turut sama akan menarik lebih ramai gergasi dan syarikat Korea untuk turut melabur di Malaysia.

Maklumat lanjut berkenaan perkara ini masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.


TIPS & ULASAN