Paparan resolusi 4K pada komputer mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum menjadi popular, namun perkara tersebut tidak menghentikan untuk Gigabyte hadir dengan papan induk terbaru mereka, dan menjadi terawal memperkenalkan sokongan resolusi 4K padanya.
Untuk menyokong paparan resolusi 4K, papan induk ini disertakan dengan dua Mini DisplayPort berasaskan Thunderbolt yang mana masing-masing dengan output resolusi 2K.
Menggunakan teknologi Thunderbolt daripada Intel, ia menggunakan dua port Thunderbolt, yang mana masing-masing membawakan kelajuan pindahan data sehingga 10Gbps pada setiap port. Setiap port padanya menyokong paparan resolusi 2K dan mematuhi standard DisplayPort 1.1, sekaligus penggunaan dua port membolehkan ia memaparkan resolusi 4K tanpa sebarang masalah menggunakannya.
[amanz-gallery]