GTA : Vice City Akan Dilancarkan Untuk Android Dan iOS Pada 6 Disember

GTA : Vice City Akan Dilancarkan Untuk Android Dan iOS Pada 6 Disember

Diterbitkan pada November 22, 2012 oleh .

GTA Vice CityGrand Theft Auto merupakan salah satu siri permainan yang popular dan diminati ramai, dimana pada ulang-tahun ke sepuluh Grand Theft Auto : Vice City, mereka telah mengumumkan akan memperkenalkan versi Android dan iOS. Hari ini, mereka mengumumkan tarikh dan juga harganya.

Grand Theft Auto : Vice City akan dijual bermula 6 Disember ini untuk peranti Android dan juga iOS pada harga $4.99. Ia akan membawakan grafik dengan resolusi tinggi, disamping menambah beberapa perkara yang menjadikan ia mesra dan unik untuk platform mudah-alih dan skrin sentuh. Pada masa yang sama, ia juga akan menyertakan watak yang dikemaskini, serta penggunaan pencahayaan yang lebih baik.

Untuk iOS, ia boleh digunakan pada iPad, iPhone 4 dan terkini, serta iPod Touch generasi ke-empat dan terkini. Untuk Android pula, ia menyokong kebanyakkan peranti utama, termasuk Galaxy S3, Nexus 4, dan beberapa yang lain.


TIPS & ULASAN