Samsung : “Tiada iPhone Tanpa Paten Kami”

Samsung : “Tiada iPhone Tanpa Paten Kami”

Diterbitkan pada November 22, 2012 oleh .

Nampaknya, perang antara Apple dan juga Samsung akan berterusan, dimana lanjutan daripada pihak USITC (US International Trade Commission) yang mengatakan akan melihat semula adakah Apple melanggar empat paten Samsung pada peranti mereka ataupun tidak, kini kelihatan Samsung tampak lebih yakin lagi.

Daripada kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh ketua Samsung Mobile, Shin Jong-kyun mengatakan tanpa paten wireless yang dimilik oleh Samsung, tiada peranti mudah-alih yang dapat dikeluarkan oleh Apple. Beliau turut menambah mengatakan Samsung sangat kuat dari segi portfolio paten untuk wireless.

Pihak USITC hanya akan mengeluarkan keputusan akhir mereka pada bulan Januari 2013 kelak, dan sekiranya Samsung menang, mungkin Apple akan menghadapi masalah dalam menjual peranti mereka di negara sendiri, yang mana mungkin agak mustahil.

Sebelum ini, sewaktu ditanya kepada pihak Samsung Malaysia ketika pelancaran Galaxy Note 10.1, mereka mengatakan perang antara Samsung dan Apple ini di Amerika Syarikat mahupun Eropah tidak memberikan sebarang impak yang besar kepada pasaran Malaysia.

Berbeza dengan Samsung dan Apple, bagi pihak HTC dan Apple pula, baru-baru ini mereka telah memeterai perjanjian perlesenan selama 10 tahun.


TIPS & ULASAN