Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini pihak pembangun Instagram memperkenalkan sokongan profil berasaskan web untuk semua pengguna, hari ini, dalam usaha untuk mempromosikannya, mereka turut memperkenalkan sokongan Badges.

Seperti kebanyakkan penyedia perkhidmatan sosial yang lain, ia membolehkan pengguna menambah pautan khas pada laman blog dan sebagainya, sekaligus membolehkan pembaca mereka mengikuti perkembangan dan perkongsian gambar anda dengan mudah.

Untuk membolehkan setiap pengguna membuat Instagram Badges tersendiri, pihak Instagram menyediakan sebuah halaman khas, yang mana boleh diakses semua bermula hari ini.

Jadi, sekiranya anda ingin menambah pautan khas untuk profil Instagram terus pada blog anda, mungkin boleh mendapatkannya hari ini dari halaman Instagram Badges.

TIPS DARIPADA ZULHILMI

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd