Carian
Permainan AES Speed Dilancarkan Untuk Pengguna iOS
November 22, 2012 Aman

Dengan AES yang kini menjadi antara topik hangat dikalangan pengguna tempatan, ia turut membuatkan beberapa pembangun tempatan hadir dengan aplikasi yang memfokuskan kepadanya, dan terkini adalah salah satu permainan ringkas untuk pengguna iOS.

AES Speed Game memerlukan para pemain berlumba dan menepati waktu, dimana pada masa yang sama perlu mengelak daripada dirakamkan oleh kamera disebabkan melebihi had laju.

Permainan ini ditawarkan secara percuma untuk para pengguna peranti berasaskan iOS, dan hanya dioptimasikan untuk iPhone dan juga iPod Touch sahaja.

Komen