Cari @ Amanz

Format Converter X – Aplikasi Untuk Mengubah Format Video Untuk Pengguna Windows 8

Oleh Aman

Link Copied!

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan kebolehan dan kemudahan untuk mengubah format video, dan terkini yang menyertai senarai tersebut adalah Format Converter X, yang mana membawakan rekabentuk berasaskan Windows 8 (Metro), dan ditawarkan secara percuma pada Windows Store.

Format Converter X membawakan beberapa sokongan asas, membolehkan pengguna mengubah format video atau audio mereka kepada MP4, MP3, WMV, WMA dan juga AAC. Format yang diterima oleh Format Converter X juga agak terhad. Namun, dari segi kelebihan, ia memudahkan pengguna mengubah format video, dan menyokong pengubahan beberapa video pada sesuatu masa.

Menurut pembangunnya, sokongan format media yang disokong masih terhad memandangkan codec pada Windows 8 masih sedikit.

Walaupun ia menawarkan sokongan yang terhad, tetapi mungkin berguna kepada pengguna Windows RT yang memerlukan pemasangan aplikasi daripada Windows Store, sementara untuk pengguna Windows 8, mungkin boleh mencuba pelbagai pilihan lain yang terdapat di pasaran.


Komen ()