Perbelanjaan Atas-Talian Menjadi Pilihan Pengguna Malaysia Menjelang Musim Perayaan

Perbelanjaan Atas-Talian Menjadi Pilihan Pengguna Malaysia Menjelang Musim Perayaan

Diterbitkan pada November 22, 2012 oleh .

Dengan arena teknologi dan dunia internet yang semakin berkembang, kini dilihat yang mana hampir separuh perbelanjaan ketika musim perayaan dilakukan secara atas-talian oleh pengguna Malaysia. Penggunaan pembelian melalui peranti mudah-alih juga kelihatan turut meningkat.

Daripada apa yang dilihat, pembelian atas-talian ini membolehkan pengguna Malaysia menjimatkan hampir 3 jam daripada masa mereka, yang mana biasanya terlibat dalam masa perjalanan, mencari parkir dan sebagainya.

Jadi, mungkinkah kelak pada masa akan datang, dengan arena e-dagang yang semakin popular dan meningkat naik, kita akan melihat lebih ramai menghabiskan masa mereka untuk membeli terus melalui internet, dan mengurangkan masa untuk membuat pembelian di luar?


TIPS & ULASAN