Peranti Xbox TV Bakal Diperkenalkan Microsoft Pada Tahun Hadapan?

Peranti Xbox TV Bakal Diperkenalkan Microsoft Pada Tahun Hadapan?

Diterbitkan pada November 22, 2012 oleh .

…bakal bersaing dengan Apple TV dan lain-lain.Selain daripada ura-ura mengenai tablet Xbox, kini ia turut dilaporkan yang mana Microsoft bakal hadir dengan sebuah peranti khas memfokuskan kepada siaran rancangan video, dan juga sokongan permainan secara kasual, dan bakal memperkenalkan peranti yang dikenali sebagai Xbox TV ini pada tahun hadapan.

Berbeza dengan konsol Xbox yang membawakan sokongan permainan dengan grafik tinggi, untuk Xbox TV ini kelak, ia dijangka hanya akan menyokong permainan berbentuk kasual, disamping menyertakan beberapa komponen teras Windows 8 padanya.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Microsoft, mereka mengatakan mereka menemui beberapa cara dalam memperkenalkannya tanpa sebarang alat kawalan, dan bergantung kepada Kinect. Microsoft juga mungkin akan mengumumkan beberapa kerjasama dari segi kandungan video tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN