Carian
Mozilla Ingin Menghentikan Pembangunan Pelayar Web 64-bit Untuk Windows
November 22, 2012 Aman

Pembangunan pelayar web Firefox dalam variasi 64-bit telah pun dilakukan sejak tahun lepas, namun tiada sebarang pelancaran rasmi yang dilakukan. Dan kini, melalui BugZilla, ia kelihatan mereka akan menghentikan pembangunan pelayar web 64-bit untuk Windows.

Mungkin ramai tertanya mengapa ia dihentikan. Menurut Mozilla, ia adalah kerana kebanyakkan plugin tidak terdapat untuk versi 64-bit, disamping versi 64-bit yang dilihat berfungsi agak perlahan berbanding versi 32-bit.

Bagi pengguna versi Nightly, mereka dijangka akan menerima kemaskini meminta mereka menggunakan variasi 32-bit, namun masih tidak diketahui bilakah perkara ini akan berlaku.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda inginkan pelayar web dengan enjin serupa untuk variasi 32-bit, mungkin boleh mencuba Waterfox yang dibangunkan berasaskan kepada Firefox.

Komen