Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengumuman berkenaan sistem operasi terbaru daripada Jolla, iaitu Sailfish OS, hari ini mereka turut melancarkan fail SDK untuk para pembangun, membolehkan sesiapa yang berminat membangunkan aplikasi untuknya memuat-turun dan mempelajari berkenaan dengannya.

Untuk makluman, Jolla merupakan projek yang dimulakan dalam usaha untuk terus memperkembangkan platform MeeGo yang mana tidak disambung oleh Nokia, dan diperkenalkan semula sebagai Sailfish OS dengan beberapa ciri-ciri dan antaramuka yang menarik.

Daripada apa yang diperlihatkan Jolla, ia memfokuskan sepenuhnya kepada multitasking, membolehkan para pengguna membuat pelbagai perkara pada sesuatu masa pada peranti pintar mereka.

Sailfish OS ini juga dijangka akan mengintegrasikan sokongan aplikasi Android padanya, membolehkan ia dijalankan tanpa masalah. Namun, untuk menggunakan kelebihan sepenuhnya Sailfish OS, mungkin para pembangun yang berminat, boleh mendapatkan fail SDK rasmi dan mencuba untuk membangunkan untuknya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd