Carian
Pengguna Malaysia Boleh Mengemaskini Galaxy Tab 8.9 WiFi Kepada ICS
November 22, 2012 Aman

Setelah dinantikan sekian lama, akhirnya Samsung telah pun memulakan proses mengemaskini untuk peranti Samsung Galaxy Tab 8.9, dimana para pengguna tempatan sudah boleh mula menaik-taraf sistem operasinya kepada Android 4.0 Ice Cream Sandwich bermula hari ini.

Daripada apa yang diketahui, melalui kemaskini yang dikeluarkan, ia membawakan beberapa fungsi baru yang disertakan pada ICS, termasuk berfungsi lebih pantas, serta masa bertahan bateri yang lebih baik.

Bagi para pengguna Galaxy Tab 8.9 di Malaysia, anda boleh mula menyemak Samsung KIES atau OTA, dan mulakan proses mengemaskini hari ini.

Komen