Aplikasi Di Windows Store Melangkaui Angka 20,000

Aplikasi Di Windows Store Melangkaui Angka 20,000

Diterbitkan pada November 23, 2012 oleh .

Salah satu perkara yang menarik adalah melihat perkembangan semasa Windows Store, dan kini kelihatan, angka aplikasi yang terdapat pada Windows Store telah pun melangkaui angka 20,000 aplikasi, dalam tempoh kurang sebulan sejak Windows 8 dilancarkan.

Namun, seperti semua sedia maklum, bukan semua aplikasi yang boleh diakses oleh pengguna sesuatu negara. Di Malaysia sendiri, bilangan aplikasi yang dibangunkan para pembangun sedang meningkat, dengan pelbagai nama besar, seperti The Star, MalaysiaKini, DiGi, Sunway dan sebagainya memperkenalkan aplikasi masing-masing pada Windows Store.

Daripada bilangan aplikasi yang terdapat pada Window Store, sebanyak hampir 87% daripadanya, ataupun hampir 18,000 aplikasi adalah percuma, memberikan pelbagai pilihan menarik kepada para pengguna.

Untuk sistem operasi Windows sendiri, terdapat ribuan aplikasi diluar sana yang boleh dipasang. Namun, memandangkan untuk pengguna Windows RT, mereka tidak mempunyai akses desktop, dan hanya bergantung kepada aplikasi daripada Windows Store, maka mungkin angka ini adalah antara perkara penting untuk mereka.


TIPS & ULASAN