PlayStation 3 Nipis Yang Baru Bakal Dijual Di Malaysia Bermula 26 November

PlayStation 3 Nipis Yang Baru Bakal Dijual Di Malaysia Bermula 26 November

Diterbitkan pada November 23, 2012 oleh .

Pada bulan September yang lepas, Sony telah pun mengumumkan rekabentuk konsol mereka yang lebih nipis daripada sedia ada, dan kini akhirnya ia akan mula dijual di pasaran tempatan bermula daripada 26 November ini kelak.

Rekabentuk baru ini membawakan saiz 20% lebih kecil dan juga 25% lebih ringan daripada PlayStation 3 sedia ada.

Untuk pasaran Malaysia, ia akan dijual pada harga RM1029 untuk versi 250GB, manakala versi 500GB akan berharga RM1099. Memandangkan perbezaan harga yang kecil, mungkin lebih ramai akan memilih variasi 500GB kelak.

Sony juga menyediakan beberapa pilihan khas, termasuk edisi PlayStation 3 Ultimate Pack yang akan menyertakan konsol 500GB bersama-sama permainan God of War III dan Uncharted 2 : Among Thieves padanya pada harga RM1139.


TIPS & ULASAN