Carian
HTC Deluxe DLX Bakal Hadir Dalam Pilihan Beberapa Warna
November 23, 2012 Aman

Dengan pengumuman Droid DNA oleh HTC untuk pasaran Amerika Syarikat, ramai pengguna tempatan dan seluruh dunia menantikannya, yang mana akan diperkenalkan dengan nama HTC DLX (HTC Deluxe), dan kini beberapa gambar baru peranti tersebut mula kelihatan.

Daripada gambar baru yang diperlihatkan, ia menunjukkan variasi warna berbeza, memberikan pilihan warna mengikut citarasa para pengguna.

HTC Deluxe ini adalah variasi peranti bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p untuk pasaran antarabangsa. HTC memperkenalkan ia pertama kali untuk pasaran Jepun dengan nama J Butterfly dan untuk pasaran Amerika, ia dikenali sebagai Droid DNA. Ia juga dijangka bakal dijana menggunakan cip pemprosesan empat teras 1.5Ghz Snapdragon Krait dan juga memori sebanyak 2GB RAM.

Daripada apa yang dikongsikan, ia diperkatakan lebih maklumat berkaitan HTC DLX atau HTC Deluxe ini akan diketahui pada awal Disember ini.

Komen