Samsung Bakal Memperkenalkan Android 4.1 Untuk Galaxy Note 10.1 Bersama Premium Suite

Samsung Bakal Memperkenalkan Android 4.1 Untuk Galaxy Note 10.1 Bersama Premium Suite

Diterbitkan pada November 23, 2012 oleh .

Samsung sebelum ini telah pun mengumumkan bakal memperkenalkan Android 4.1 Jelly Bean untuk para pengguna tablet Galaxy Note 10.1, malah telah memulakan kemaskini di beberapa negara. Dan kini, Samsung turut berkongsi mengenai Premium Suite yang didatangkan pada kemaskini tersebut.

Daripada apa yang dipertontonkan, Samsung menyertakan beberapa fungsi baru padanya kemaskini Android 4.1 Jelly Bean untuk Galaxy Note 10.1. Antaranya adalah sokongan Multi Windows – membolehkan anda membuka sehingga 16 aplikasi dengan tetingkap tersendiri pada sesuatu masa, sokongan AirView yang membolehkan pengguna melihat kandungan secara ringkas tanpa membukanya pada emel dan galeri, dan beberapa yang lain, termasuk Easy Clip, Quick Command, Photo Note dan sebagainya.

Ia masih tidak diketahui bilakah pengguna Galaxy Note 10.1 di Malaysia akan menerima kemaskini tersebut.


TIPS & ULASAN