Kini, Terdapat Hampir 1,500 Permainan Pada Windows Store

Kini, Terdapat Hampir 1,500 Permainan Pada Windows Store

Diterbitkan pada November 23, 2012 oleh .

Pembangun permainan lebih selesa menawarkannya melalui Steam atau OriginLanjutan daripada laporan yang mengatakan Windows Store mempunyai lebih 20,000 aplikasi, pihak Microsoft turut sama berkongsi angka untuk permainan yang terdapat di Windows Store, yang mana berjumlah sekitar 1,421 permainan padanya.

Permainan yang ditawarkan ini bukanlah jumlah permainan yang boleh dimainkan pada Windows 8, tetapi sebaliknya adalah lebih kepada Windows RT dan bilangan yang ditawarkan di Windows Store sahaja.

Buat masa ini, beberapa judul utama masih menawarkannya secara berasingan, ataupun melalui Steam dan juga Origin. Mungkin dalam beberapa bulan lagi, kita akan melihat lebih banyak permainan bergrafik tinggi hadir pada Windows Store.


TIPS & ULASAN