Ikuti Perkembangan Pasukan Bola Sepak Kegemaran Anda Melalui Aplikasi ESPN FC Untuk Windows 8

Ikuti Perkembangan Pasukan Bola Sepak Kegemaran Anda Melalui Aplikasi ESPN FC Untuk Windows 8

Diterbitkan pada November 24, 2012 oleh .

Masih tidak disokong untuk pasukan bola sepak tempatan, dan lebih memfokuskan kepada liga antarabangsa buat masa ini.

Bagi para pengguna Windows 8, salah satu kemudahan menarik adalah Live Tiles, yang memaparkan info semasa sebaik sahaja anda log masuk ke sistem operasi. Dan mengambil kelebihan ini, para pengguna yang meminati sesuatu pasukan bola sepak, turut boleh mengikuti mereka dengan mudah melalui aplikasi ESPN FC.

Aplikasi ESPN FC selain daripada menawarkan kemudahan untuk para pengguna mengikuti perkembangan semasa dunia bola sepak, ia juga turut menyediakan ruangan untuk menjadikan aplikasi berkenaan lebih menarik, dengan memfokuskan kepada pasukan kegemaran anda.

Sebaik sahaja anda memasangnya, dan membukanya, pengguna akan diberikan pilihan untuk menambah pasukan kegemaran mereka. Dan sebaik sahaja menambahnya, pelbagai info berkaitan seperti perlawanan berikut dan berita semasa dipaparkan pada halaman utama.

Pada masa yang sama, pengguna turut boleh mengikuti perkembangan semasa dunia bola sepak, kedudukan semasa liga antarabangsa, video temuramah, dan sebagainya. Ketika perlawanan berlaku, para pengguna turut boleh mengikuti perkembangan secara langsung dalam bentuk komentar. Sokongan siaran video secara langsung tidak disertakan padanya.

Namun, salah satu kekurangan adalah ketiadaan sokongan pasukan tempatan buat masa ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh memasang ESPN FC secara percuma daripada Windows Store hari ini.

Muat-Turun ESPN FC dari Windows Store


TIPS & ULASAN