Arena internet merupakan salah satu perkara yang ingin dikawal oleh kebanyakkan kerajaan di dunia, dan untuk membincangkannya, pelbagai kerajaan dunia akan bertemu dalam sebuah perjumpaan khas pada 3 Disember ini.
Ia diperkatakan yang mana pada mesyuarat ITU (International Telecommunication Union) ini yang bakal diadakan di Dubai kelak, beberapa kerajaan akan meminta untuk internet lebih dikawal dan ditapis. Namun, untuk mengatasinya, kini Google mempromosikan sebuah inisiatif baru dinamakan sebagai Take Action, yang mana memfokuskan kepada arena internet yang terbuka dan bebas untuk semua.
- Layari : Halaman Take Action di Google
Melalui sebuah halaman khas yang disediakan oleh Google, mereka berkongsiakan mengenai apakah yang boleh dilakukan oleh pengguna, disamping menyediakan info ringkas mengenai kesan daripadanya.
Salah satu perkara yang ditekankan adalah disebabkan hanya kerajaan sahaja yang mempunyai suara pada ITU, dan bukannya pengguna, yang mana lebih menggunakan internet dengan aktif. Disamping itu, disebabkan ITU lebih bersifat rahsia, maka perkara tersebut tidak digemari ramai.
Namun, seperti biasa, walaupun internet adalah salah satu tempat yang bebas dan terbuka, tetapi ia tetap perlu digunakan dengan had-had tertentu, dan tidak disalah gunakan dalam mencapai sesuatu tujuan.