Cari @ Amanz

Surface adalah tablet yang dikeluarkan oleh pihak Microsoft, dan masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia buat masa ini. Namun, ia tidak menghentikan pihak IPMart untuk menawarkan peranti tersebut kepada para pelanggan mereka.

Spesifikasi Surface RT
Sistem Operasi Windows RT
Skrin 10.6-inci ClearType HD (1366×768 pixel)
Storan 32GB/64GB. Sokongan mikroSD dan USB 2.0
CPU NVIDIA Tegra 3 empat-teras.
Memori 2GB RAM
Kamera 2 kamera depan belakang HD 720p LifeCams

Daripada apa yang ditawarkan, IPMart meletakkan tanda harga sebanyak RM2399 untuk versi 32GB dan juga RM2749 untuk 64GB. Kedua-duanya adalah berasaskan Windows RT.

Pihak Microsoft Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berkenaan bilakah ia akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia, dan mungkin sekiranya ia dilancarkan secara rasmi kelak, harganya mungkin lebih murah daripada apa yang ditawarkan IPMart sekarang.

Pesaing mereka, Lazada Malaysia masih belum menyertakan Surface RT buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd