AMD Mengumumkan AMD APU Siri-A Generasi Kedua Untuk Pasaran Malaysia

AMD Mengumumkan AMD APU Siri-A Generasi Kedua Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada November 24, 2012 oleh .

Pihak AMD Malaysia, kini secara rasminya telah pun mengumumkan cip pemprosesan generasi kedua untuk AMD APU Siri-A, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkannya dalam beberapa variasi dengan harga permulaan RM200 sehingga RM5001, bergantung kepada pemprosesannya.

Menurut pihak AMD, ia merupakan antara cip pemprosesan APU yang menawarkan penggunaan teras dan kelajuan lebih tinggi, sekaligus menawarkan prestasi dan grafik lebih baik berbanding cip pemprosesan lain pada harga sama di pasaran.

AMD APU terbaru ini membawakan sokongan empat-teras (Piledriver) yang mana membawakan kelajuan sehingga 4.2GHz, menggunakan infrastruktur FM2 yang serba baru, serta sesuai dijalankan pada Windows 8 mahupun Windows 7.

  • Prestasi komput lebih dari 700 GFLOPS3.
  • Frekuensi maksimum sehingga 4.2 GHz
  • Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dengan perisian AMD OverDrive™ menawarkan prestasi meningkatkan kelajuan ekstrem sehingga 6.5 GHz4.
  • Dengan CPU dan Teknologi Teras Turbo 3.0 Unit Pemprosesan Grafik (GPU) AMD

Pengguna APU baru ini juga akan mendapat akses kepada AMD AppZone yang diumumkan dan dilancarkan baru-baru ini, dan memuat-turun pelbagai jenis aplikasi dengan mudah melaluinya.


TIPS & ULASAN