Aplikasi Live TV Membolehkan Anda Mengikuti Pelbagai Rancangan Televisyen Pada Windows 8

Aplikasi Live TV Membolehkan Anda Mengikuti Pelbagai Rancangan Televisyen Pada Windows 8

Diterbitkan pada November 24, 2012 oleh .

Pada arena web, terdapat pelbagai laman web yang menawarkan siaran langsung untuk saluran televisyen, dan kini, sebuah aplikasi – Live TV memudahkan ia untuk para pengguna Windows 8, dengan menawarkan akses kepada pelbagai saluran melalui hanya satu aplikasi.

Aplikasi tersebut juga direkabentuk dengan antaramuka Windows 8, serta membawakan rekabentuk selari untuk semua saluran. Daripada ujian kami, kesemua saluran yang ditawarkan berjalan lancar tanpa sebarang masalah, malah turut menyertakan beberapa saluran popular di seluruh dunia seperti Al-Jazeera dan sebagainya.

Pada masa yang sama, ia turut menyertakan intisari rancangan untuk setiap saluran, membolehkan pengguna melihat apakah yang dirancang, selain mana turut boleh ditonton pada masa anda sedang membuat kerja lain, melalui kebolehan untuk Snap di Windows 8.

Beberapa saluran ditandakan sebagai premium oleh aplikasi ini. Namun berbeza dengan anggapan ramai, ia bukanlah saluran berbayar sepenuhnya, tetapi hanya untuk paparan HD sahaja, dan pengguna masih boleh menikmati saluran dalam bentuk SD secara percuma.

Bagi para pengguna Windows 8 yang berminat, mungkin boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Windows Store hari ini, dan mencubanya sendiri.

Muat-Turun Live TV dari Windows Store


TIPS & ULASAN