Windows Phone 7.8 Didemonstrasikan Pada Nokia Lumia 510

Windows Phone 7.8 Didemonstrasikan Pada Nokia Lumia 510

Diterbitkan pada November 25, 2012 oleh .

Kemaskini Windows Phone 7.8 merupakan salah satu perkara yang dinantikan, dan pihak Microsoft masih kekal senyap berkenaan tarikh kemaskini untuknya, walaupun terdapat beberapa ura-ura berkaitan dengannya, mengatakan akan dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Dengan pelbagai ura-ura berkaitan dengannya, kini sebuah video baru hadir, memperlihatkan Windows Phone 7.8 dijalankan pada peranti Nokia Lumia 510, dengan menggunakan tetapan berbahasa Cina padanya.

Seperti semua sedia maklum, daripada apa yang dipertontonkan, ia menunjukkan sokongan untuk menubah saiz Tiles, disamping menggunakan skrin kekunci berasaskan Bing, dimana berubah setiap hari bergantung kepada imej pada laman Bing.com.

Jadi, dengan pelbagai ura-ura dan laporan berkaitan Windows Phone 7.8, bolehkah kita melihat ia diperkenalkan kepada pengguna sedia ada sebelum berakhirnya tahun ini?


TIPS & ULASAN