Cari @ Amanz

Sokongan lanjutan (Extended) sehingga tahun 2023Microsoft nampaknya telah pun mengemaskini halaman kitar hidup produk mereka, menyertakan Windows 8, dan memperlihatkan ia akan disokong sehingga tahun 2018 kelak untuk sokongan utama dan sehingga tahun 2023 untuk versi sokongan lanjutan (Extended).

Namun, seperti biasa, sebelum tempoh tersebut tiba, Microsoft semestinya akan mengeluarkan sistem operasi versi terbaru mereka. Windows 7 yang dilancarkan sebelum ini akan disokong Microsoft sehingga Januari 2015 (dan Januari 2020 untuk versi sokongan lanjutan)

Untuk Windows RT, ia masih tidak diketahui lagi buat masa ini, manakala Microsoft turut mengeluarkan info untuk Surface RT, yang mana akan disokong sehingga April 2017 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd