Salah satu alternatif popular untuk Microsoft Office adalah LibreOffice, dan kini selepas melalui pelbagai fasa pembangunan, ia telah pun mencapai angka 4.0. Namun, buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat Alpha, dan mungkin versi stabil akhirnya akan hadir tidak lama lagi.
Buat masa ini, LibreOffice 4.0.0 Alpha ini baru hadir untuk Linux, yang mana membawakan sokongan DOCX yang lebih baik. Pada masa yang sama, sokongan komen pada dokumen teks telah diaktifkan, serta beberapa penambahan yang lain.
Bagi para pengguna Linux yang berminat, mungkin boleh mencubanya hari ini dengan memuat-turun dan memasangnya pada sistem operasi anda. Tetapi, seperti dimaklumkan, ia masih pada peringkat pembangunan, maka mungkin terdapat pelbagai masalah, dan tidak stabil seperti versi akhirnya kelak.
- Muat-Turun Versi Pembangunan LibreOffice