Cari @ Amanz

Pada awal bulan November tempoh hari, Samsung secara rasminya telah mengatakan yang mana angka jualan Galaxy Note 2 telah pun melangkaui 3 juta unit dalam tempoh 30 hari pertama, dan kini, ia diperkatakan telah pun melangkaui angka 5 juta unit seluruh dunia.

Spesifikasi Galaxy Note 2
Cip Empat-Teras 1.6GHz
Memori 2GB RAM
Storan Terbina 16GB + mikro-SD (~64GB)
Skrin 5.5-inci HD Super AMOLED (1280×720)
Kamera Belakang 8MP, Hadapan 1.9MP
Bateri 3,100 mAh Li-on
Lain-lain Stylus S-Pen, NFC (S-Beam), Bluetooth 4.0, mHL

Laporan ini hadir daripada laman SammyHub, yang mana mengatakan Samsung berjaya mencapai angka 5 juta init dalam tempoh 2 bulan, salah satu pencapaian yang menarik, jikalau dibandingkan dengan Galaxy Note generasi pertama yang mengambil tempoh sehingga 5 bulan untuk mencapai angka yang serupa.

Di Malaysia, Galaxy Note 2 ini ditawarkan oleh hampir semua syarikat telekomunikasi utama, iaitu Maxis, Celcom, DiGi dan terkini adalah UMobile. Masing-masing hadir dengan pakej mereka yang berasingan dan seperti biasa, pengguna turut boleh memilihnya untuk mendapatkan ia secara berasingan tanpa sebarang kontrak, dengan membelinya daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd