Cari @ Amanz

Ruangan storan untuk komputer semakin membesar dari hari ke hari, dan terkini Western Digital memperkenalkan cakera keras keluarga WD Black mereka dalam pilihan 4TB, iaitu sebesar sekali ganda berbanding model sebelum ini yang menawarkan hanya 2TB sahaja.

Model 4TB terbaru ini (WD40Q1FAEX) ini menawarkan kelajuan sehingga 7200 RPM dan juga 64MB untuk cache, serta sokongan SATA 6Gbps padanya. Dari segi kelajuan penulisan dan pembacaan pada cakera keras, ia menawarkan sehingga 154MB/s padanya.

Dengan kandungan media pada masa kini yang bersaiz besar, ia membuatkan lebih ramai inginkan lebih kapasiti, dan ini membuatkan pembangun cakera keras hadir dengan ruangan kapasiti yang lebih besar. Versi 4TB ini adalah variasi model kelima yang diperkenalkan oleh Western Digital, selain daripada model 500GB (32MB Cache), 500GB (64MB Cache), 1TB, dan 2TB.

Ia masih tidak diketahui bilakah akan mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Harga jualan global untuk WD Black 4TB ini adalah sekitar $339 (~RM1040).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd