Impress.js – Hasilkan Persembahan Yang Menarik Melalui Penggunaan CSS3

Impress.js – Hasilkan Persembahan Yang Menarik Melalui Penggunaan CSS3

Diterbitkan pada November 26, 2012 oleh .

Bermula minggu ini, pada setiap Isnin, kami akan berkongsi akan script menarik berasaskan sumber terbuka kepada semua

Bagi mereka yang terlibat dalam membuat dokumen untuk dipersembahkan kepada klien, rakan-rakan dan sebagainya, mungkin anda sedia mengenali akan Prezi. Mengambil daripada ideanya, lahirnya Impress.js yang mana bergantung sepenuhnya kepada CSS3, dan berfungsi terus pada pelayar web.

Impress.js ini membawakan beberapa animasi berasaskan JavaScript, sekaligus menjadikan persembahan anda lebih menarik, apatah lagi dengan sokongan transasi antara perkataan dan teks dalam kaedah yang menarik.

Impress.js ini ditawarkan secara percuma melalui laman GitHub, tetapi memerlukan para pengguna menggunakan pelayar web versi terkini untuk melihat ia berjalan dengan lancar, memandangkan ia bergantung kepada CSS3.

Muat-Turun kod Impress.js daripada laman GitHub


TIPS & ULASAN