Lowyat.NET Mula Memfokuskan Kepada Kandungan – Bakal Hadir Dengan Antaramuka Baru

Lowyat.NET Mula Memfokuskan Kepada Kandungan – Bakal Hadir Dengan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada November 26, 2012 oleh .

Bagi para pengguna tempatan yang mengemari dunia teknologi, mungkin anda sedia kenali akan laman terkemuka, Lowyat.NET. Setelah sekian lama tidak memberikan nafas baru kepada halaman utama mereka, kini kelihatan mereka akan memperkenalkan perubahan antaramuka dan hala tuju mereka tidak lama lagi.

Berbanding sebelum ini, yang mana lebih dikenali sebagai laman forum dan perbincangan, melalui perubahan yang bakal diperkenalkan, ia dilihat lebih memfokuskan kepada kandungan, dan membawakan antaramuka yang menyerupai blog dan laman berita teknologi yang lain.

Pada masa yang sama, CMS yang digunakan juga kelihatan berubah daripada Joomla kepada WordPress, manakala untuk forum, ia masih kekal lagi dengan antaramuka yang lama.

Mungkin selepas ini, kita akan melihat kandungan yang dihasilkan pihak Lowyat.NET lebih pantas berbanding sebelumnya, disamping turut hadir dengan lebih banyak video melalui jenama Lowyat.TV.


TIPS & ULASAN