Carian
(Ura-Ura) iPhone 5 Di Malaysia Pada 14 Disember?
November 26, 2012 Aman

iPhone 5 boleh dikatakan salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna tempatan, apatah lagi setelah ia dilancarkan di beberapa buah negara lain, termasuk Singapura dan Thailand. Setelah pelbagai ura-ura sebelum ini, kini laman MalaysianWireless melaporkan yang mana ia akan hadir ke Malaysia pada 14 Disember kelak.

Mungkinkah ia akan benar-benar dilancarkan kali ini?Namun, menurut MalaysianWireless, mungkin tarikh tersebut berubah, tetapi memandangkan Apple pernah menjanjikan akan melancarkan ia pada lebih daripada 100 buah negara sebelum penghujung tahun, maka kemungkinan untuk dilancarkan pada bulan Disember ini adalah agak tinggi.

Antara syarikat telekomunikasi yang akan melancarkannya adalah termasuk Maxis, Celcom dan juga DiGi.

Selain daripada iPhone 5, pengguna juga ramai yang menantikan Nexus 4 daripada LG yang telah pun diumumkan bakal dilancarkan pada bulan Disember ini, sebelum hari Natal.

Komen