ZTE Apache Bakal Membawakan Cip Pemprosesan 8-Teras?

ZTE Apache Bakal Membawakan Cip Pemprosesan 8-Teras?

Diterbitkan pada November 26, 2012 oleh .

Selain daripada ura-ura mengatakan Samsung bakal memperkenalkan cip pemprosesan 8-teras, kini ura-ura terbaru turut mengatakan gergasi dari China, iaitu ZTE bakal memperkenalkan peranti mereka yang dikenali sebagai ZTE Apache dengan cip pemprosesan 8-teras.

ZTE seperti semua sedia maklum adalah antara pengeluar peranti terbesar di dunia, dan sekiranya ura-ura ini benar, maka ia akan meletakkan pengeluar tersebut dihadapan berbanding yang lain.

Pada masa yang sama, ZTE ini dikatakan akan membawakan kamera 13-megapixel, serta skrin dengan paparan HD penuh pada resolusi 1080p. Ia mungkin dijana menggunakan sistem operasi Android padanya kelak, dan memandangkan ZTE merupakan antara pengeluar yang memperkenalkan Android 4.2 kepada pengguna mereka, maka kita mungkin dapat melihat sokongan yang baik daripada mereka.

Dan memandangkan ia adalah ZTE, maka harga jualannya juga boleh dikatakan berpatutan berbanding yang lain.


TIPS & ULASAN