Cari @ Amanz

Nokia 206 Diperkenalkan Dengan Papan Kekunci Tradisional

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada Nokia Asha 205, syarikat gergasi telefon bimbit tersebut turut sama memperkenalkan lagi satu peranti di bawah keluarga mampu milik, yang dikenali sebagai Nokia 206, dan didatangkan dalam beberapa pilihan warna, termasuk biru, hitam, putih, dan kuning.

Nokia 206 ini didatangkan dengan papan kekunci tradisional, dan disertakan bersama-sama skrin bersaiz 2.4-inci, serta dilengkapi dengan Series-40 padanya. Untuk tujuan rakaman gambar pula, ia disertakan dengan kamera 1.3-megapixel, serta memori sebanyak 10MB yang boleh diperluaskan dengan kad mikro-SD bersaiz sehingga 32GB.

Sama seperti Nokia Asha 205, untuk Nokia 206 ini, ia turut dilengkapi dengan sokongan perkongsian melalui Nokia Slam, serta pelayar web Nokia Xpress Browser padanya. Dan bagi mereka yang mengemarkan aplikasi, ia turut disertakan bersama-sama dengan WhatsApp, selain lebih pilihan aplikasi percuma dan berbayar melalui Nokia Store.

Nokia 206 ini akan membawakan harga yang serupa dengan Asha 205.


Komen ()