Carian
Fungsi Muat-Turun Keseluruhan Arkib Tweet Pengguna Akan Diperkenalkan Sebelum Penghujung Tahun Ini
November 27, 2012 Aman

Kepada pengguna Twitter, salah satu perkara yang semestinya diinginkan adalah kebolehan untuk memuat-turun keseluruhan data yang pernah dikongsikan oleh mereka. Fungsi ini dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna Twitter sebelum berakhirnya tahun ini.

Fungsi ini telah diumumkan oleh pihak Twitter beberapa bulan sebelum ini, dan tiada pengumuman lanjutan yang dilakukan berkaitan dengannya sehingga kini.

Cuma buat masa ini, boleh dikatakan Twitter menghadapi masalah dari segi pembangunannya dalam memperkenalkan fungsi tersebut. Setiap hari jutaan Tweet dihantar melalui perkhidmatan tersebut, dan mungkin menyukarkan untuk Twitter membina suatu fungsi yang membolehkan semua Tweet dimuat-turun sekaligus oleh pengguna.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan. Selain daripada pengumuman ini, Twitter turut berkongsi, mengatakan kini Twitter mempunyai lebih 500 juta pengguna yang menghantar lebih 350 juta Tweet setiap hari.

Komen