Bagi para pengguna pelayar web Chrome pada Android, mungkin perasan akan penggunaan angka versi yang berbeza berbanding versi desktop, dimana Chrome untuk Android berada pada angka versi 18, manakala versi desktop telah mencapai 23. Jadi, bilakah ia akan diselarikan?
Mengikut pembangun Google Chrome, ia akan diselarikan pada awal tahun hadapan, dan mungkin kita akan melihat pelancaran semua versi dilakukan pada masa yang sama.
Dengan pengenalan perkara ini, ia sekaligus akan memudahkan pembangun Chrome memberikan perhatian kepada fungsi yang ingin diperkenalkan, dan memperkenalkannya pada masa yang sama untuk pengguna Android mahupun untuk pengguna desktop, serta mengamalkan jadual pengeluaran versi baru dalam tempoh 6 minggu untuk semua variasi platform.
Ia masih tidak diketahui sama ada ia akan turut menyertakan versi iOS dalam jadual pengeluaran selari ini ataupun tidak.