Adakah kita memerlukan telefon pintar berspesifikasi tinggi?
LG sering hadir dengan pelbagai pilihan telefon pintar pelbagai saiz, dan nampaknya, kini mereka turut mensasarkan untuk melancarkan telefon pintar LG optimus G2 pada waktu yang lebih kurang sama dengan Galaxy S4 daripada Samsung.
LG Optimus G2 yang diura-ura ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p pada kadar 440PPI, cip pemprosesan empat-teras 2GHz Snapdragon Prime, serta dilengkapi dengan sokongan LTE padanya.
Sepertii biasa, ia dijangka akan menjalankan sistem operasi Android padanya, dan mungkin akan turut dilengkapi dengan kamera 13-megapixel padanya.
Di Malaysia, LG Optimus G sendiri hanya dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Disember ini, bersama-sama satu lagi telefon keluaran LG, iaitu LG Nexus 4.