Carian
Kemaskini Jelly Bean Diperkenalkan Untuk Pengguna HTC One X Malaysia
November 27, 2012 Aman

Kemaskini Jelly Bean merupakan salah satu perkara yang dinantikan, apatah lagi dengan jualan One X+ yang telah dimulakan tempoh hari. Kini, secara rasminya, pengguna tempatan telah pun boleh mula mengemaskini kepada Jelly Bean dan menggunakan beberapa fungsi yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Daripada kemaskini Jelly Bean, ia membawakan beberapa perkara baru untuk pengguna One X, terutamanya penggunaan Android 4.1.1 dan juga HTC Sense 4+ pada One X. Disamping itu, ia turut membawakan antaramuka dan prestasi yang lebih baik untuk kamera, serta peningkaan pada pengurusan tenaga dan bateri.

Kemaskini Jelly Bean ini bersaiz sekitar 365MB, dan mungkin untuk menjimatkan penggunaan data, anda boleh melakukan kemaskini ini dengan menghubungkan peranti HTC One X anda kepada WiFi. Untuk memulakannya, anda hanya perlu ke Settings > About > Software updates > Check now pada peranti One X hari ini.

Komen