Cari @ Amanz

UTP merupakan salah satu universiti tempatan yang aktif menerbitkan aplikasi yang dibangunkan sebagai projek tahun akhir dan sebagainya pada halaman Google Play Store, dan salah satu yang terbaru adalah Pitty Lost Kitty yang memfokuskan kepada pembelajaran awal untuk kanak-kanak.

Aplikasi ini memfokuskan kepada beberapa perkataan mudah, dimana para pengguna perlu mengeja, ataupun meneka gambar untuk perkataan yang diperlihatkan. Beberapa tahap asas disediakan, membolehkan kanak-kanak belajar daripadanya dalam kaedah interaktif.

Pada masa yang sama, aplikasi ini bergantung kepada Adobe Air untuk dijalankan, dan memerlukan pengguna memasangnya terlebih dahulu pada peranti sebelum dapat menggunakannya.

Bagi anda yang mempunyai adik kecil, ataupun anak kecil, mungkin boleh memuat-turun ia daripada halaman rasmi Google Play Store hari ini, dan mencubanya sendiri pada peranti anda.


TERIMA KASIH SYAHIRAH

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd