InfoBanjir Ingin Memudahkan Anda Mengikuti Kemaskini Lokasi Yang Mengalami Banjir

InfoBanjir Ingin Memudahkan Anda Mengikuti Kemaskini Lokasi Yang Mengalami Banjir

Diterbitkan pada November 27, 2012 oleh .

Dengan hujan yang turun dengan lebat akhir-akhir ini, mungkin ada yang ingin mengetahui keadaan semasa di sesuatu lokasi sekitar anda. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu laman yang pada peringkat eksperimental baru-baru ini adalah InfoBanjir.

InfoBanjir menggunakan perkhidmatan peta daripada Google Maps, dan mengumpulkan tweet daripada laman Twitter, dan memperlihatkan kawasan-kawasan yang mengalami banjir, hujan lebat dan sebagainya pada peta. Ia turut menyertakan masa berlakunya sesuatu perkara, untuk membolehkan pengguna dengan lebih mudah mengetahui perkembangan semasa di sekitar lokasi anda.

Para pengguna juga boleh menyumbang dengan menghantar Tweet dengan hashtah #banjir dan sebagainya, dan ia akan diindeks pada laman tersebut, mengikut algoritma mereka tersendiri.

Memandangkan ia masih pada peringkat awal, maka mungkin terdapat beberapa kekurangan, disamping info yang terdapat padanya masih terhad buat masa ini.

Apa pun, anda boleh melihat sendiri bagaimana ia berfungsi dengan melayari laman InfoBanjir.org hari ini.


TIPS & ULASAN