Peranti Samsung GT-I9525 Dengan Android 5.0 Kelihatan Di Nenamark 2

Peranti Samsung GT-I9525 Dengan Android 5.0 Kelihatan Di Nenamark 2

Diterbitkan pada November 27, 2012 oleh .

Dengan pelancaran Android 4.2 Jelly Bean tempoh hari, semestinya ramai yang menantikan apakah yang akan dibawakan dalam versi seterusnya. Daripada pangkalan data ujian Nenamark 2, terkini ia kelihatan Android 5.0 mula kelihatan diuji pada peranti Samsung GT-I9525.

Daripada spesifikasi yang kelihatan, peranti Samsung ini dijangka akan membawakan cip pemprosesan 1.8GHz dengan Mali-400MP, serta dilengkapi dengan skrin HD beresolusi 720×1280 pixel. Ia tidak diketahui lagi apakah nama peranti ini kelak, dan daripada penggunaan angka model ia tidak nampak seperti Galaxy S4, dan mungkin ia membawakan keluarga nama yang berlainan.

Memandangkan ia hanya ujian benchmark ini mungkin boleh diubah dan masih pada peringkat awal, peranti akhir kelak mungkin berbeza, dan mungkin juga peranti ini tidak akan dilancarkan sama sekali. Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Samsung kelak.


TIPS & ULASAN